Thursday 9 February 2012

I'm Hydrophilic Boy

It's ok, a bit censored

Saya dan air memang tak dapat dipisahkan. Pantang tengok air , terus terkam. Sekali masuk bilik air sehari suntuk pun takpe asal boleh main air. Kalau dapat picit sabun mandi lagilah bertambahnya khusyuk main air. Yang menanggungnya adalah mummy sayalah, kena refill shower gel tiap2 minggu.
Kadang-kadang saya bawak otromen skali untuk mandikan dia. tak dapat otromen, dapat bawak raksasa pun ok jugak. Kesian kat otromen ngan raksasa takde sape nak tolong mandikan. Macam kat dalam gambar tu saya bawak ambulans mandi skali.
Saya juga suka tolong mummy basuh bilik air, mangkuk tandas. Aksesori yang saya guna bagi kerja mencuci ialah berus badan mummy saya. Saya suka tengok bilik air bersih berkilat selepas memberusnya dengan berus badan mummy saya..

No comments:

Post a Comment