Friday, 22 July 2011

Saya Botak.. tapi saya bukan pelakon Juvana


Budak ni memang susah nak bawak pegi gunting rambut kat kedai sbb dia memang takleh dok diam. Jadi, jalan terbaik untuk pendekkan rambut dia adalah dengan membotakkan kepalanya. Haha.. Tak perlu nak abes diut pegi kedai. Daddy mesin je kat umah. 

Lepas dah botak maka nampak terserlah la kepalanya yang 'butuk' bak kata ore klate. kepala bulat ke belakang, tak leper macam kepala budak lain. Hasil tido mengiring, meniarap dan menonggeng sejak zaman baby. 

Ape2 pun anak mummy tetap handsome. Cayalah Mr Bravissimo..!

Hearing Assessment


Kemarin Mr Bravissimo ke HoSHAS lagi untuk hearing assessment. Alhamdulillah kali ni dia bagi kerjasama yang baik punye. Sporting habes la anak mummy ni.. tapi bile dah lama sgt dia mula boring dah, tak nak ikut arahan. Mujurlah dapat jugak buat test untuk satu frekuensi.

Dapat satu berita sedih.. Puan Arina, audiologist fevret Mr Bravissimo dah nak bertukar ke KL. Hmm dia yg paling sporting kat situ. Takpelah, mummy doakan Puan Arina lebih berjaya kat tempat baru. Dia tukar pun sbb nak bersama ngan suami. Tak lama lagi dia pun dah nak dpt baby jugak.. Sempatlah bersalaman, laga2 pipi. We wish u the best of luck!!

Tuesday, 19 July 2011

Kenapa Bravissimo??

Assalamualaikum

Pasti akan ada yang tertanya-tanya kena diberi gelaran Mr Bravissimo?
Kalau di'google' Bravissimo tu adalah jenama bra. What?? Bagi gelaran kat anak jenama bra? Mak jenis ape ni??
Untuk pengetahuan umum, Bravissimo jugak adalah sejenis jenama alat bantu dengar..Widex Bravissimo. Dan alat inilah yang sekarang ni sedang dipakai oleh Mr Bravissimo..

Sedikit info..

Widex Bravissimo Hearing Aids offer digital quality at an economy-level price point. Widex Bravissimo is a complete line of hearing aids that embraces virtually all types of hearing loss and individual needs.
Widex Bravissimo is a 100% digital hearing aid with 3 channels and offers up to 3 listening programs. Feedback management is standard and directional microphones are options - to help with hearing assistance in background noise. The Widex Bravissimo> is a qualit choice for people who want the benefits of digital hearing aids on a budget.
Widex Bravissimo elan hearing aids provide you the satisfaction of the Bravissimo series with the comfort of an open fitting to help eliminate the feeling of being plugged up when wearing hearing aids.

Nah, agaknya bravissimo tu diibaratkan 'selesa ketika memakainya'... umpama bra yang mempunyai cup yg selesa dan material yang berkualiti memberi keselesaan kepada pemakainya. Muahahaha!

owh, takde pulak gambarnya kat pakcik google. nantilah akan mummy update photo benda alah tu yg kat umah tapi kena snap dululah.

First Entry

ASSALAMUALAIKUM
BLOG INI DIDEDIKASIKAN KHAS UNTUK ANAK TERUNA KESAYANGAN MUMMY
RENTETAN PERJALANAN HIDUP DAN PERKEMBANGAN YANG DICAPAI

KENAPA DIA YANG TERPILIH?
SEBAB DIA ADALAH TERLALU ISTIMEWA
DIALAH PERMATA HATI YANG SANGAT TERNILAI
AMANAH DARI ALLAH SWT YANG TELAH KU TERIMA DENGAN REDHA
BAKAL MEMBAWA DIRI INI BERSAMA-SAMANYA KE SYURGA..INSYAALLAH..