Wednesday, 28 March 2012

Budak bagus

Hari ni Mr Bravissimo ke ENT jumpa Cik Sarina audiologist untuk buat ear mould baru. Yang lama dah tak fix ngan telinga dia dan asyik berbunyi2 je. Mr Bravissimo memberikan kerjasama yang sepenuhnya sewaktu acuan dibuat. Dah tak macam dulu lagi, kena pegang kuat2. Sekarang ni dia hulur je telinga kat audiologist dengan rela. Good job my boy!

Oleh sebab Mr Bravissimo tersangatlah bagus hari ni, mummy pun bagi rewards la kat dia dgn blanja lunch makan KFC. Alangkah bahagianya beliau..

Monday, 26 March 2012

Saya tak bisu!!

Luahan hati mummy..

Hati seorang ibu tentunya akan tersentuh bilamana ada seseorang yang memperkatakan tentang ketidakupayaan anaknya. Ada ke ibu-ibu yang suka bila anaknya dihina??

Hal ni dah lama berlalu tapi setiap kali teringatkannya setiap kali jugalah air mata saya bergenang.

Suatu petang sesampainya di rumah, kak long datang pada mummy..katanya "mummy, tadi kawan kak long kata adik awak tu dahlah buruk, bisu pulak tu.." Ya Allah..budak sebaya anak saya yang berumur 5 tahun sudah pandai mengejek sampai macam tu. Kalau saya ni jenis baran, keesokannya kena lempang dah budak tu.. Tapi malaikat dah terlebih dulu berbisik..Biarlah, budak2 ape yang dia tahu..
Saya pun berpesan pada anak.."Kak long, lain kali jangan gaduh2 ngan kawan tau..kalau kawan kata iman bisu, kak long jawablah, adik saya tak bisu, dia belum pandai bercakap je lagi.."

Harapan seorang ibu, nak tengok anaknya berkembang seiring dengan kanak-kanak yang sebaya. Tapi Allah  Maha Berkuasa, setiap ujian yang diberi ada hikmahnya.