Thursday 9 February 2012

He Did It!


Malam ni mummy telah buat sedikit sesi speech terapi ngan Mr Bravissimo. Mula-mula buat untuk sebutan "o". Awalnya dia tak nak buat. Mummy pujuk2, dia pun mula bagi kerjasama. Buat gerakan jari secara membulat kat mulut kemudian sebut "ooooo". And he did it! Bagus anak mummy..

Lepas beberapa kali sebut "o" ajar dia sebut "u" pulak. Buat gerakan jari membentuk huruf U kat mulut dan sebut "uuuuu". And again, he did it! Well done my boy!

Buat pengetahuan semua, sebagai permulaan Mr Bravissimo wajib mahir sebutan 4 perkataan asas : 'a'..'i'..'u'..'o'..'mmm'..'sss'..'shh'..
Setakat ni hanya perkataan 'sss' dan 'shh' je yang masih belum keluar dari mulut dia. Yang lain semua dia dah boleh sebut cuma ikut mood dialah, kalau nak sebut dia sebut. Datang hari berat mulut, jangan haraplah..

No comments:

Post a Comment