Saturday 11 February 2012

Teka teki teka tekuk


Cuba teka apa yang ada kat bawah tudung saji ni?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tadaaaaa!!!!!
Ada si angry bird kat bawah tudung saji!!

Sebenarnya budak ni dah keboringan sangat. Tiap2 malam memang dia yang paling last tido. Dah takde kaklong geng nak gurau2, nak gaduh2 nilah jadinya. Habis semua benda dia buat main.
Uh uh uh...tak larat dah mummy nak kemas nak oii..

Sama Tak Serupa

Calon ustazah pilihan
Calon imam muda

Budak yang sama 
tapi
dalam dua imej yang berbeza..
Muahahaha!!


Thursday 9 February 2012

I'm Hydrophilic Boy

It's ok, a bit censored

Saya dan air memang tak dapat dipisahkan. Pantang tengok air , terus terkam. Sekali masuk bilik air sehari suntuk pun takpe asal boleh main air. Kalau dapat picit sabun mandi lagilah bertambahnya khusyuk main air. Yang menanggungnya adalah mummy sayalah, kena refill shower gel tiap2 minggu.
Kadang-kadang saya bawak otromen skali untuk mandikan dia. tak dapat otromen, dapat bawak raksasa pun ok jugak. Kesian kat otromen ngan raksasa takde sape nak tolong mandikan. Macam kat dalam gambar tu saya bawak ambulans mandi skali.
Saya juga suka tolong mummy basuh bilik air, mangkuk tandas. Aksesori yang saya guna bagi kerja mencuci ialah berus badan mummy saya. Saya suka tengok bilik air bersih berkilat selepas memberusnya dengan berus badan mummy saya..

He Did It!


Malam ni mummy telah buat sedikit sesi speech terapi ngan Mr Bravissimo. Mula-mula buat untuk sebutan "o". Awalnya dia tak nak buat. Mummy pujuk2, dia pun mula bagi kerjasama. Buat gerakan jari secara membulat kat mulut kemudian sebut "ooooo". And he did it! Bagus anak mummy..

Lepas beberapa kali sebut "o" ajar dia sebut "u" pulak. Buat gerakan jari membentuk huruf U kat mulut dan sebut "uuuuu". And again, he did it! Well done my boy!

Buat pengetahuan semua, sebagai permulaan Mr Bravissimo wajib mahir sebutan 4 perkataan asas : 'a'..'i'..'u'..'o'..'mmm'..'sss'..'shh'..
Setakat ni hanya perkataan 'sss' dan 'shh' je yang masih belum keluar dari mulut dia. Yang lain semua dia dah boleh sebut cuma ikut mood dialah, kalau nak sebut dia sebut. Datang hari berat mulut, jangan haraplah..