Friday 23 December 2011

Exotic Sleeping Style

Lokasi : Umah Tok Umi - Bunut Susu

Inilah yang dikatakan makan bola, tido bola..

Wednesday 21 December 2011

Terapi Cara Kerja penutup 2012

Sebelum sesi bermula
Mummy hanya dibenarkan mengintai dari tirai kamar sahaja
Untuk terapi hari ni Mr Bravissimo dipaksa duduk dalam kerusi khas supaya dia tak berlari ke sana ke mari. Dia diberikan beberapa jenis puzzle dan..He did it!! Mr Bravissimo mmg terer bab2 puzzle nih, tiap2 hari buat kat umah.
Kaklong Insyirah juga ikut skali sebagai pengiring atau penyibuk.



Saturday 17 December 2011

Membaiki Hearing Aid

Hari ni Mr Bravissimo ditemani sekeluarga (daddy, mummy, kaklong, nisa) ke Top Hearing Care Centre untuk baiki hearing aid sebelah kiri yang rosak tu. Difahamkan rosak tang speaker pulak. Hari tu rosak mikrofon. Haish, macam2 la..

Sudah agak keboringan

Mummy sangat2 bersyukur sebab tak payah keluarkan belanja satu sen pun untuk baiki hearing aid tu. Masih under warranty memandangkan tempoh baiki yang sebelum tu tak sampai 3 bulan lg. Dan juga ada kebaikannya bila ada org yang dikenali kerja kat situ. Fatin Shakirah, tenkiu very2 much!!

Oleh sebab tak payah keluar bayaran apa2..maka mummy pun berbesar hatilah blanje seisi keluarga makan berger kat Marrybrown..Melayang jugak 60++ hengget..takpe, janji niat ikhlas di hati..

Inilah mummy yang ikhlas.. (",)

Friday 9 December 2011

Balik Gong Pasir

Posing ngan Nisa
Saya sayang adik dan saya sangat2 suka cium tangan adik yang berbau masam  air liur (nisa suka kulum tgn dlm mulut dia)

Minggu ni Mummy dan Daddy ambil cuti sehari pada hari jumaat untuk balik ke Gong Pasir (kampung daddy le tu). Agenda utamanya nak menghadirkan diri ke kenduri doa selamat lenggang perut di rumah Tok Cik (tok sedara Mr Bravissimo)

Time nak balik semula ke Temerloh, meraung tak nak balik. Siap ada adegan main kejar2 lg ngan mummy. Mr Bravissimo mesti balik ke Temerloh sebab 15hb nanti ada hearing appointment dan dikhuatiri alat pendengarannya sebelah kiri bermasalah. (Adakah duit akan terbang melayang ke Top Hearing?? Kita tungguuuu....)