Thursday, 24 November 2011

Pemulihan Cara Kerja

Hari ni Mr Bravissimo ke terapi pemulihan cara kerja. Terapi ni Mr Bravissimo kena ikut sebab nak suruh dia lebih fokus pada apa2 yang diarahkan untuk dia buat masa sessi terapi pertuturan dan audio. Bagi mummy pulak, biasalah budak2 umur Mr Bravissimo ni kalau nak suruh buat apa2 dengan tumpuan sepenuhnya memang susah sebab mereka fikir nak main je.. Ntahlah, ni pendapat seorang ibu je bukan dari segi perubatan.

Main dulu sementara menunggu giliran untuk sesi terapi

Sangat teruja sebab kat umah mana ada balls sebanyak ni. Mummy tak mampu nak beli nak oi..
Ok untuk sesi terapi hari ni Mr Bravissimo diberi sekeping gambar dan disuruh mewarna. Mummy lupa nak mintak bawak balik kertas tu. Hasilnya agak memuaskan hati sebab dia warna dalam gambar walaupun tak penuh. Oklah tu kan?

No comments:

Post a Comment