Monday, 10 October 2011

..Dapat Adik..

Tanggal 10 September 2011 jam 11.42 malam, mr Bravissimo dapat satu tittle iaitu "ABANG". Mr Bravissimo dapat adik perempuan. Yeay! 

Iftikhar Khairunnisa' nama diberi

Mr Bravissimo sayang sangat kat adik dia. Takpernah dia buat benda2 pelik walaupun selalu tonton adegan ultraman dan yang seangkatan dengannya kat tv. Suka sangat cium adik. Bahagian yang dia paling suka cium ialah kat dahi dan bahagian yang dia paling suka pegang ialah tangan adik. Bila geram sangat tangan adik pun dia cium. Bila cium tu abis melekat air liur. Mummy la pulak kena lap dahi adik kalau tak memang penuh ngan air luir dia.
Sama tak muka saya ngan adik??

 Botol air memang tak pernah lekang dari mulut

Wednesday, 24 August 2011

Speech Therapy

susah betul nak ambik gambak ini budak..asyik lari2 je..

sengih pesen ape la pulak ni??

 Mummy dikhabarkan oleh speech therapist Mr Bravissimo menangis meraung sebab tak nak dengar cakap (iyea, dari luar lg mummy dah boleh dengar). Lain orang suruh, lain dia buat. Mr Bravissimo ni memang, dia akan fokus apa yang kita suruh buat tu sekejap je. Lepas tu tumpuan dia abis ke laut bila dah boring dan akan buat hal sendiri iaitu MAIN!!. Tapi Alhamdulillah, dah nampak perubahan sejak mula2 datang speech theraphy hingga sekarang dia dah banyak boleh fokus cuma nak sebut sesuatu perkataan tu punyalah berat mulut dia..bukannya tak boleh sebut, ikut MOOD dia jelah. Hari dia nak sebut dia sebutlah, datang hari mim alif lam sin, sabarrr jelah..

Thursday, 18 August 2011

Hearing follow up

Hari ni Mr Bravissimo ditemani mummy ke hearing assessment follow up. Mummy hanya temankan kat luar je. Bila dipanggil, Mr Bravissimo akan masuk bersama audiologist ke bilik ujian pendengaran. Kalau mummy ikut skali buat spoil je, dia jadi manja..Haa senang skit puan audiologist tu nak membuli Mr Bravissimo.


Mummy nak snap gambar, dia dok tunjuk2 pulak..susahnya nak posing secara proper..

bermanja di atas perut mummy.. baby, bila nak kluar ni?